KLIK [X] 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close

Pengantin Baru Kesal Terpaksa Hilang Sekejap Di Majlis Perkahwinan Gara-Gara Tersalah Pilih Mekap Artis Tak Berkualiti Menyebabkan Solekan Wajahnya Rosak

loading...

Seorang pengantin baru terpaksa menghilangkan diri sementara waktu kerana terpaksa menahan malu akibat solekan di wajahnya yang rosak gara-gara tersilap membuat pemilihan make-up artist (MUA) yang langsung tidak berkualiti dan hanya mementingkan keuntungan semata-mata.

Pengantin baru terbabit, Nurul Hidayahmenulis di Facebooknya dengan status, "saya ingin memohon maaf sekiranya pada hari Sabtu lepas ketika majlis perkahwinan saya sedang berlangsung, saya hilang sekejap kerana disebabkan malu untuk berjumpa dengan sahabat berkaitan dengan solekan di muka saya, katanya.

Walau bagaimanapun, Nurul sangat bernasib baik apabila ada beberapa sahabat baiknya itu membantu sedikit sebanyak untuk menyolek semula wajahnya yang dikatakan rosak akibat solekan make up artist yang tidak bertanggungjawab itu.
Solekan di wajah Nurul yang didakwa rosak
Saya tidak mahu mendedahkan mana-mana pihak, cukuplah sekadar memberikan peringatan kepada anda semua agar bertindak memilih wedding planner yang terbaik untuk hari bahagia anda nanti. Sekiranya kita ambil yang murah, boleh, tetapi harus dipastikan akan kualiti kerana hari bersejarah ini hanya sekali dalam seumur hidup.

Saya agak kecewa tetapi semuanya telah pun berlaku, jelasnya lagi seolah menggambarkan kekecewaannya terhadap MUA berkenaan.

Ekoran kejadian yang telah menimpa pengantin baru ini, dia menasihatkan kepada semua bakal-bakal pengantin perempuan apabila ingin mengambil MUA adalah harus dipastikan MUA berlainan dari pakej perkahwinan yang tersedia, ini kerana sebagai langkah berjaga-jaga supaya majlis perkahwinan mereka tidak mengalami sebarang gangguan di saat-saat akhir, katanya. - Koleksi Viral
loading...

0 Response to "Pengantin Baru Kesal Terpaksa Hilang Sekejap Di Majlis Perkahwinan Gara-Gara Tersalah Pilih Mekap Artis Tak Berkualiti Menyebabkan Solekan Wajahnya Rosak"

Post a Comment